Majlis Gotong-royong dan Jamuan Warga SKWAS 2010
anjuran Kelab Staf SKWAS 2010
berlangsung dengan meriah bertujuan untuk
mewujudkan suasana yang ceria dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran ,
meraikan rakan-rakan staf dan guru yang telah bertukar ke sekolah lain 
dan meraikan hari ulang tahun warga SKWAS
di samping merapatkan hubungan sesama warga SKWAS.
Ribuan terima kasih
kepada tetamu jemputan dan semua yang sudi hadir
dan telah memberi komitmen penuh kepada kelancaran majlis ini.

Ucapan dan penyampaian cenderahati kepada guru SKWAS yang telah berkhidmat kepada sekolah dan juga meraikan hari ulang tahun warga SKWAS.

Suasana Majlis Jamuan

 Suasana Gotong-Royong

Hari Suai Kenal Tahun 1 2010

TARIKH  : 02 JANUARI 2010 (SABTU)
MASA     : 09.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : SK WAN ABDUL SAMAD
OBJEKTIF :
  • Memperkenalkan semua waris kepada pihak pentadbir sekolah.
  • Memberi taklimat kepada semua waris tentang peraturan-peraturan sekolah.
  • Memperkenalkan semua murid kepada guru-guru tahun satu sesi 2010.
  • Memberi maklumat awal kepada semua murid tentang kedudukan kelas serta undang-undang sekolah.


Suasana hari pertama persekolahan bagi murid-murid tahun 1 pada Sabtu,2 Jan 2010

SEKALUNG BUDI

Jawatankuasa hari suaikenal tahun 1/2010
Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih
kepada semua warga sekolah, waris tahun 1 & semua pihak
yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit
secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan hari suaikenal tahun 1/2010.
Semoga apa yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah swt...amin.