RASIONAL , MATLAMAT DAN OBJEKTIF SAMBUTAN JUBLI EMAS SKWAS

1.0 RASIONAL
Rasional diadakan “ Sambutan 100 Tahun SKWAS ” adalah bersempena dengan 100 tahun penubuhan Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Pokok Sena, Kedah. Sambutan ini bukan hanya bertujuan meraikan 100 tahun penubuhan SK Wan Abdul Samad, malah ianya diadakan bagi menghimpunkan kembali bekas murid / alumni SK Wan Abdul Samad di samping mengumpul dana bagi PIBG sekolah.

2.0 MATLAMAT
Program “ Sambutan 100 Tahun SKWAS ” adalah satu program yang dirancang secara besar-besaran hasil cetusan idea oleh PIBG sebagai meraikan SK Wan Abdul Samad yang telah mencapai usia 100 tahun penubuhannya. Sepanjang 100 tahun penubuhan sekolah ini,telah ramai murid yang berjaya menjawat jawatan profesional di dalam kerjaya masing-masing sama ada dalam sektor awam atau swasta. Justeru itu, pihak PIBG ingin mengumpul mereka dalam satu majlis bagi tujuan mengimbas kembali nostalgia di SK Wan Abdul Samad ini yang dahulunya dikenal sebagai Sekolah Kebangsaan Gajah Mati.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif yang ingin dicapai melalui “ Sambutan 100 Tahun SKWAS ” ini ialah :
3.1       Memperingati 100 tahun penubuhan SK Wan Abdul Samad.          
3.2       Membentuk dan meningkatkan semangat ukhwah dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.
3.3       Mempertemukan serta menjalin kembali silaturrahim antara bekas warga SK Wan Abdul Samad / alumni.
3.4       Menjalin kerjasama dan persepakatan antara agensi kerajaan, swasta dan korporat di sekitar SK Wan Abdul Samad, daerah Pokok Sena dan negeri Kedah.
3.5       Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa berkenalan dan bekerjasama.
3.6       Menjana ekonomi PIBG untuk :   
3.6.1   Membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselamatan murid di sekolah.

3.6.2   Menambah dana bagi menampung kos aktiviti PIBG.

2 comments: