Jawatankuasa Sekolah TS25 Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 
( TS25 ) Kohot 5.0



 Tahun 2020 Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad telah terpilih sebagai sekolah tranformasi 2025 bagi kohort 50. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Senarai Senior Leader Team SK Wan Abdul Samad :-
1.Puan Normala binti Kamaruddin  - Guru Besar
2. Encik Anuar bin Abdullah               - PK Pentadbiran 
3. Puan Harlina binti Japeri                 - PK Hal Ehwal Murid
4. Encik Lamzi bin Saad                       - PK Kokurikulum


Senarai nama Middle Leader Team (MLT) SK Wan Abdul Samad :-
1. Puan Habibah binti Omar                 - Guru Penyelaras ICT dan Bestari
2. Puan Jalilah binti Ahmad                   - KP B. Melayu
3. Puan Madihah binti Ahmad               - SU Kurikulum
4. Puan Haliza bin Ismai                         - KP Matematik
5. Encik Zaini bin Zainol Abidin           - KP Pendidikan Islam
6. Encik Omardi bin Omar                     - KP Bahasa Arab
7. Puan Norasmah Intan bin Othman - KP Sains
8. Encik Kamarulan bin Othman         - KP Sejarah
9. Puan Uzaiwiyah bin Ahmad              - KP Pendidikan Seni Visual
10.Encik Robi Rostan bin Zakaria       - KP RBT dan TMK
12.Encik Abdul Halim bin Sulaiman   - Guru Bimbingan dan kaunseling
13.Puan Sariza binti Shaari                     - KP B.Inggeris
14. Puan Norizat binti Majid                  - Setiausaha PBD
15.Encik Noramin bin Zakaria              - KP PJK

Sekolah TS25



TRANSFORMASI SEKOLAH TS25
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
  •  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  • Komitmen komuniti yang padu 
Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah. 
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah; 
  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.


Matlamat dan Teras TS25 
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
  • Memantapkan kepimpinan sekolah
  • Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
  • Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid 
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut; 
  • Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
  • Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
  • Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
  • Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  • Komitmen komuniti yang padu






BERSAMA RAKAN ELIT SEKOLAH TS25

Sesi bimbingan bersama Rakan Elit PPD Puan Dzurina bersama kumpulan guru penggerak Modul 7 TS25

TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH MENGIKUT FASA

Semua Guru dan AKP terlibat

KEM BESTARI SOLAT 2021

Tahniah buat panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Guru-giri KAFA, KBS dijalankan secara maya melalui Googlemeet dan Bimbingan guru-guru secara maya.

PDPR 2021

Situasi Pendamik merubah norma pembelajaran kepada pembelajaran secara maya, tahniah buat semua guru dan murid SKWAS

BACAAN YASSIN PERDANA

Antara salah satu aktiviti keronanian yang seringkali Warga SKWAS jalankan

AKTIVITI HARI KEBANGSAAN SK WAS 2021

SEJARAH POKOK SENA DAN SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ABDUL SAMAD

Daerah Pokok Sena berasal dari nama sepohon pokok iaitu Pokok Sena atau nama saintifiknya “PTEROCARBUS INDICUS”. Sejarah awal Daerah Pokok Sena dikesan melalui kisah kunjungan peneroka pertama iaitu Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad seorang ulamak berasal dari Pattani, Thailand, sekitar awal tahun 1920 an. Telah diceritakan bahawa rombongan Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad telah menyusuri Sungai Nawa sehingga tiba di satu tempat di mana terdapat sepohon Pokok Sena yang besar. Tuan Guru kemudiannya membangunkan tempat tersebut sebagai kawasan penempatan dan mendirikan sebuah sekolah pondok untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk sekitaran. Pada waktu itu, sungai merupakan alat perhubungan utama. Pekan Pokok Sena terus berkembang dan muncul sebagai pengkalan persinggahan perahu dan tongkang yang mengangkut hasil dagangan dan barangan keperluan harian. Sebuah balai polis dibina untuk mengawal ketenteraman awam dan sebagai tempat memasung orang salah. Lokasi ini sekarang di kenali sebagai Kampung Pokok Sena Lama. Pembinaan infrastruktur jalan Pokok Sena ke Kuala Nerang telah mendorong Pekan Pokok Sena berpindah dari lokasi sekarang di Kampung Pokok Sena Lama ke kawasan sekitaran balai polis sediaada. 8 ranting dari pohon Pokok Sena yang asal telah di tanam di sepanjang jalan dari Kampung Aman sekarang ini hingga ke hadapan Sekolah Kebangsaan Gajah Mati. Pohon Pokok Sena yang terakhir di hadapan Balai Polis Pokok Sena telah ditebang pada pertengahan tahun 2006 untuk memberi laluan pembinaan lampu isyarat Pekan Pokok Sena. Sebagai mengenang jasa peneroka Allahyarham Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Gajah Mati telah dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad pada 26 Mei 1983. Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih lagi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena. Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ. Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain. Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu. Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku. Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun di Alor Setar. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar Alor Setar. Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat di Alor Setar sekali gus dijadikan bandar satelit. Bandar Baru Dua (Bandar Satelit) Bandar Tunku Puteri (Bandar Satelit) Bandar Sejahtera (Bandar Satelit) Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Daerah Pokok Sena walaupun sudah menjadi daerah baru. Antaranya: Pekan Pokok Sena (Pusat bandar daerah Pokok Sena) Mukim Bukit Lada Mukim Derang Mukim Gajah Mati Mukim Jabi Mukim Lesong Mukim Tualang Pekan Kampong Bukit (Mk. Bukit Lada) Pekan Bukit Payung (Mk. Gajah Mati) Pekan Kebun 500 (Mk.Jabi) Pekan Simpang Kebun 500 (kawasan Taman Indah)

PdPR

SELAMAT HARI GURU 2021

SELAMAT HARI GURU " BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU "

ANUGERAH AKHLAK MUMTAZ DAN KECERIAN KELAS BULAN MAC

TAHNIAH kepada penerima anugerah AKHLAK MUMTAZ & pemenang kebersihan dan keceriaan kelas bagi bulan MAC. TAHAP 1 1. 3 KARISMA 2. 1 KARISMA 3. 1 SARJANA TAHAP 2 1. 4 KARISMA 2. 5 ASPIRASI 3. 5 WAWASAN

PENGGUNAAN DATANG READER

Mencatatkan kehadiran dan suhu warga sekolah secara sistematik

                                 BARISAN PENTADBIRAN SKWAS 2021


GURU BESAR
PUAN NORMALA BINTI KAMARUDDIN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
ENCIK ANUAR BIN ABDULLAH

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PUAN HARLINA BINTI JAPERI

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
ENCIK LAMZI BIN SAAD

JUMLAH BARISAN GURU DAN AKP SERAMAI 54 ORANG



SELAMAT TAHUN BARU
DARI WARGA SKWAS


NORMA BARU
KITA JAGA KITA