Tuesday, January 20, 2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Wan Abdul Samad telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2026 dengan penglibatan murid yang sangat menggalakkan. Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memupuk semangat kesukanan, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid, guru serta warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini 💙👏 #SKWanAbdulSamad #MerentasDesa2026 #SukanSekolah #GayaHidupSihat #MuridCergas

Aktiviti Minggu Pertama Sesi 2026 di SKWAS

Minggu pertama persekolahan Sesi 2026 di SK Wan Abdul Samad dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan! Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh panitia-panitia mata pelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mesra murid. Aktiviti suai kenal, permainan bahasa, kuiz santai, aktiviti kreatif serta pembelajaran berkonsepkan belajar sambil bermain telah berjaya menceriakan hari-hari awal persekolahan. Wajah ceria dan senyuman murid menjadi bukti keterujaan mereka untuk kembali ke sekolah. Semoga permulaan yang positif ini menjadi pemangkin kepada semangat belajar, keyakinan diri dan kejayaan murid sepanjang Sesi Persekolahan 2026 💙📚
#SKWanAbdulSamad #MingguPertamaPersekolahan #Sesi2026 #SekolahCeria #BelajarSambilBermain

Sunday, January 11, 2026

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 SKWAS

Hari pertama persekolahan bagi Sesi Akademik 2026 di SK Wan Abdul Samad (SKWAS) telah berlangsung dengan teratur dan lancar. Kehadiran murid amat menggalakkan dan mereka kelihatan bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran baharu. Pihak sekolah telah membuat persediaan rapi bagi memastikan pengurusan hari pertama berjalan dengan baik, termasuk sesi taklimat, pengenalan guru serta pengurusan kelas. Diharapkan sesi persekolahan tahun ini dapat berjalan dengan cemerlang dan memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

Hari Suai Kenal Tahun 1 Sesi 2026 SKWAS

Hari Suai Kenal Murid Tahun 1 Sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan meriah di SK Wan Abdul Samad (SKWAS) pada 8 Jan 2026 yang lalu. Program ini bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baharu, mengenali guru serta rakan-rakan, di samping membina keyakinan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran rasmi. Kerjasama yang baik daripada pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa telah menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan program ini

🎬 Tayangan Movie Sempena Hari Keusahawanan SKWAS 2025!

Sempena Hari Keusahawanan SKWAS 2025 yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025, pihak sekolah telah mengadakan mini pawagam/ tayangan movie bagi memberi kelainan dan menambah keceriaan program tahunan ini. 📅 Tarikh: 5 - 9 Oktober 2025 🕒 Masa: 10.450 pagi – 12.45 tengah hari (Tahap 2) / 10.15 pagi - 12.15 tengah hari (Tahap 1) 📍 Lokasi: Makmal ICT 1 dan Makmal ICT 2 Movie yang dipilih bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut menyampaikan mesej tentang nilai keusahawanan, kreativiti, dan usaha gigih dalam mengejar impian. Tayangan ini terbuka kepada semua murid dan warga sekolah yang ingin menyertai pengalaman menonton bersama dalam suasana santai dan menyeronokkan.
#HariKeusahawananSKWAS2025 #TayanganIstimewa #UsahawanMuda #BelajarSambilBerhibur