Thursday, September 11, 2025
MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SKWAS TAHUN 2025
Alhamdulillah, Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Wan Abdul Samad telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat cintakan tanah air. Pelbagai aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan berjaya dilaksanakan seperti pertandingan mewarna, kolaj, deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, nyanyian solo patriotik, koir, basikal berhias serta hiasan payung dan hiasan kelas merdeka.
Majlis penutupan kali ini diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan, serta nyanyian lagu-lagu patriotik yang membangkitkan semangat Skebangsaan. Warga sekolah turut bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid, guru serta warga SK Wan Abdul Samad yang telah berganding bahu menjayakan sambutan ini. Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam diri kita semua, seterusnya melahirkan generasi yang cintakan negara.
Dialog Prestasi Guru Bersama Waris Tahun 6
Pada 8 dan 9 September 2025, SK Wan Abdul Samad mengadakan Dialog Prestasi melibatkan guru-guru bersama waris murid Tahun 6. Program ini diadakan bagi membincangkan pencapaian murid serta usaha-usaha yang boleh dilakukan bersama untuk meningkatkan prestasi murid. 📚✨
Melalui dialog ini, guru berkongsi laporan pencapaian akademik dan sahsiah murid, manakala waris pula berpeluang memberi pandangan serta mendapatkan nasihat secara terus daripada guru. Perbincangan dua hala ini diharap dapat membantu murid Tahun 6 membuat persediaan yang lebih baik, selain memperkukuh kerjasama antara sekolah dan ibu bapa.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada semua murid Tahun 6 SK Wan Abdul Samad dalam mencapai kejayaan cemerlang. 🌟
Tuesday, September 9, 2025
Program Penjagaan Kebersihan Gigi Bersama Pegawai Kesihatan Pokok Sena
Pada minggu ini, SK Wan Abdul Samad mengadakan Program Penjagaan Kebersihan Gigi bersama Pegawai Kesihatan dari Pokok Sena. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut sejak usia muda. 🦷
Sepanjang program, murid-murid diberi penerangan tentang cara memberus gigi dengan betul, kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala serta amalan pemakanan sihat untuk kesihatan mulut. Aktiviti turut diselitkan dengan demonstrasi memberus gigi yang menyeronokkan dan mudah diikuti.
Melalui program ini, diharapkan murid-murid dapat mengamalkan kebiasaan menjaga kebersihan gigi setiap hari agar terus tersenyum manis dan sihat.
Majlis Peluncuran Kempen Antibuli Peringkat SKWAS
Hari ini, 9 September 2025, SK Wan Abdul Samad mengadakan Majlis Peluncuran Kempen Antibuli! 🎉
Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua murid tentang betapa pentingnya kita saling menghormati dan menjaga rakan-rakan supaya sekolah kita sentiasa jadi tempat yang seronok dan selamat.
Majlis ini dilancarkan oleh LKPL Noreen binti Shamsudin merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Murid-murid juga bersama-sama melafazkan ikrar antibuli sebagai tanda sokongan — janji untuk tidak membuli dan menolong rakan jika berlaku. ✋💙
Semoga dengan kempen ini, SK Wan Abdul Samad terus bebas daripada buli dan menjadi sekolah yang penuh dengan kasih sayang, semangat, dan keceriaan! 🌟
#KatakanTidakPadaBuli
#KamiBenciBuli
#SKWASHaramBuli
Tuesday, September 2, 2025
Pandai Apps School Tour di SKWAS
Pada 28 Ogos yang lalu, SKWAS telah menerima kunjungan daripada Team Pandai Apps bagi menjayakan program Pandai Apps School Tour Di SKWAS yang mendapat sambutan hangat daripada murid dan guru. Program ini disampaikan oleh Encik Luqman atau dikenali sebagai Abang Luq dalam kalangan murid. Beliau telah memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Pandai sebagai medium pembelajaran digital yang interaktif, menyeronokkan dan mudah diakses.
Murid-murid begitu teruja apabila dapat mencuba sendiri aktiviti pembelajaran dalam aplikasi tersebut. Program ini bukan sahaja meningkatkan motivasi murid, malah membantu mereka menguasai pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada pihak Pandai Apps atas usaha membawa pengalaman pembelajaran inovatif ini ke SKWAS. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. 🌟
#PandaiApps #PembelajaranDigital #SKWAS #DELIMA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SKWAS
Alhamdulillah, Sambutan Bulan Kemerdekaan di SKWAS pada 27 Ogos yang lalu berlangsung dengan penuh semangat dan meriah. Murid-murid serta guru sama-sama menyanyikan lagu patriotik, mendeklamasi sajak dan menyertai pelbagai aktiviti menarik bersempena Hari Kemerdekaan.
Suasana sekolah begitu ceria dengan kibaran Jalur Gemilang dan kreativiti murid menghias kelas. Semoga semangat sayangkan negara terus subur dalam diri kita semua. 💖🇲🇾
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang telah menjayakan program ini. Sama-samalah kita terus memupuk semangat patriotisme demi generasi Malaysia yang lebih gemilang. 🙌✨
#MalaysiaMadani #BulanKemerdekaan #SemarakMerdeka #SayangiMalaysiaku #SekolahkuSejahtera
Subscribe to:
Comments (Atom)
































