Tuesday, September 2, 2025

Pandai Apps School Tour di SKWAS

Pada 28 Ogos yang lalu, SKWAS telah menerima kunjungan daripada Team Pandai Apps bagi menjayakan program Pandai Apps School Tour Di SKWAS yang mendapat sambutan hangat daripada murid dan guru. Program ini disampaikan oleh Encik Luqman atau dikenali sebagai Abang Luq dalam kalangan murid. Beliau telah memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Pandai sebagai medium pembelajaran digital yang interaktif, menyeronokkan dan mudah diakses.
Murid-murid begitu teruja apabila dapat mencuba sendiri aktiviti pembelajaran dalam aplikasi tersebut. Program ini bukan sahaja meningkatkan motivasi murid, malah membantu mereka menguasai pelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada pihak Pandai Apps atas usaha membawa pengalaman pembelajaran inovatif ini ke SKWAS. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak. 🌟
#PandaiApps #PembelajaranDigital #SKWAS #DELIMA

No comments:

Post a Comment