Sunday, October 12, 2025
Hari Sukan Negara 2025 Peringkat SKWAS: Mendidik, Menginspirasikan dan Mengeratkan Silaturahim
Pada 11 Oktober 2025 (Sabtu), SKWAS telah menyambut Hari Sukan Negara dengan penuh semangat dan meriah. Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari, antaranya senamrobik, permainan bola jaring, bola tampar serta permainan tradisional seperti galah panjang, tuju kasut, kerusi berirama dan banyak lagi.
Pertandingan sukaneka seperti tarik tali, bola beracun, dan lumba lari tiga kaki
Sambutan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid untuk bergiat aktif dalam sukan, malah turut mengeratkan hubungan antara guru, pelajar, dan kakitangan sekolah.
Melalui penganjuran Hari Sukan Negara ini, warga sekolah menunjukkan komitmen dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dan cergas. Semoga budaya bersukan ini terus disemai dalam diri setiap warga sekolah demi kesejahteraan fizikal dan mental.
#HariSukanNegara2025 #SekolahSihatCergas #SukanUntukSemua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment