Thursday, February 12, 2026
๐Majlis Penutup Transisi Tahun 1 Sesi 2026๐
Pada 5 Februari 2026 telah berlangsungnya Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 Sesi 2026 dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna. Majlis ini merupakan penutup kepada fasa penyesuaian murid-murid Tahun 1 yang telah melalui pelbagai aktiviti sepanjang tempoh transisi.
Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Hafiz bin Zakaria, Penolong Pegawai Pendidikan Prasekolah dan Rendah, PPD Kota Setar. Kehadiran beliau telah menyerikan lagi majlis serta memberi suntikan semangat kepada warga sekolah khususnya murid-murid Tahun 1.
Sepanjang program transisi, murid-murid telah didedahkan dengan suasana pembelajaran sebenar di sekolah rendah, membina keyakinan diri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu. Wajah ceria dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan mereka kini lebih bersedia untuk memulakan perjalanan sebagai murid sekolah rendah.
Semoga anak-anak Tahun 1 Sesi 2026 terus bersemangat, berani mencuba dan cemerlang dalam setiap langkah pembelajaran mereka di SKWAS. ๐๐
#SKWAS
#TransisiTahun1
#Sesi2026
#AnakHebatSKWAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment