Monday, August 25, 2025

HipMaX Let’s Speak Up Carnival Peringkat Daerah Kota Setar 2025

Alhamdulillah, program HipMaX Let’s Speak Up Carnival Peringkat Daerah Kota Setar 2025 yang telah berlangsung pada 13 Ogos 2025 di SK Tualang telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing Puan Intan Nozra, guru-guru, staf, dan murid SK Wan Abdul Samad yang telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program ini. Penglibatan aktif serta semangat pasukan yang ditunjukkan amat membanggakan dan menjadi inspirasi buat semua.

Semoga pengalaman ini dapat menyemarakkan lagi budaya penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah kita dan memberi motivasi kepada murid untuk lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi.

Tahniah SKWAS! "Together We Speak, Together We Shine!"





Hebahan Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan SKWAS

Sekolah kita menganjurkan pelbagai pertandingan bagi memupuk semangat patriotisme, cinta akan negara serta menghargai jasa pejuang kemerdekaan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan SKWAS 2025.

Antara pertandingan yang dijalankan ialah:

👉Pertandingan Mewarna

👉Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan

👉Pertandingan Pakaian Beragam

👉Pertandingan Basikal Berhias

👉Pertandingan Koir Lagu Patriotik

👉Pertandingan Kelas Patriotik Paling Ceria

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid mengikut kategori yang ditetapkan. Pemenang akan diumumkan pada Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

Pihak sekolah menggalakkan semua murid untuk mengambil bahagian sebagai tanda sokongan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta. Semoga dengan penyertaan ini, nilai patriotisme dan semangat kemerdekaan akan terus subur dalam jiwa warga sekolah.






BENGKEL AI TOOLS DALAM DELIMa

Pada 20 Ogos 2025, SKWAS telah menganjurkan Bengkel AI Tools dalam DELIMa yang melibatkan semua guru. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada guru tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) melalui platform DELIMa bagi memperkaya kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Norasmah Intan. Sepanjang bengkel, guru-guru diberi peluang untuk mempelajari aplikasi AI dalam penyediaan bahan pengajaran interaktif, serta strategi pembelajaran digital yang lebih kreatif dan inovatif.

Melalui program ini, para guru dapat meningkatkan kecekapan dalam penggunaan teknologi pendidikan sejajar dengan aspirasi Pendidikan Madani. Bengkel ini juga membuka ruang untuk guru berkongsi pengalaman, bertukar pandangan, serta membina jaringan kerjasama ke arah memperkukuh budaya PdP abad ke-21.

Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam bilik darjah dan memberi manfaat besar kepada murid-murid.

🌿✨ GOTONG-ROYONG MADANI SKWAS ✨🌿

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Madani di sekolah kita telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 23 Ogos 2025 yang lalu. Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat yang bersama-sama menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah.

Semangat kerjasama ini mencerminkan nilai Madani – hormat, ihsan dan kasih sayang. Semoga usaha murni ini berterusan demi persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan kondusif. 







PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH PEMIMPIN MUDA SK WAN ABDUL SAMAD 2025 : MEMUPUK GENERASI BERKARISMA




Pada 16 Ogos 2025 yang lalu, SK Wan Abdul telah menganjurkan Program Pembangunan Pemimpin Muda yang melibatkan pelajar-pelajar yang memegang jawatan kepimpinan seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua kelas.

Program ini bertujuan untuk:
✅ Meningkatkan keyakinan diri
✅ Mengasah kemahiran komunikasi dan kepimpinan
✅ Memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program termasuk sesi motivasi, aktiviti berkumpulan, dan latihan simulasi kepimpinan yang menyeronokkan.




Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat dan komitmen sepanjang program! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dijadikan bekal untuk memimpin dengan lebih berkesan di sekolah dan pada masa hadapan. 💪🎓


Sunday, August 17, 2025

Selamat Bertugas di Tempat Baharu, Puan Maziah!

 Pada 14 Ogos 2024, warga SKWAS telah berkumpul dalam satu majlis ringkas tapi penuh makna — Majlis Perpisahan Puan Maziah, Ketua Kerani kesayangan kami yang akan bertukar ke tempat baharu.

Walaupun bukan kali pertama kami berdepan dengan perpisahan, kali ini terasa sedikit berbeza. Puan Maziah bukan sahaja seorang staf pentadbiran yang sangat cekap dan berdedikasi, tetapi juga seorang yang sangat disenangi oleh semua — baik guru, murid mahupun rakan sekerja.

Sepanjang bertugas di sekolah ini, beliau sentiasa menunjukkan sikap profesional, sabar, dan mesra. Banyak urusan sekolah yang berjalan lancar hasil kecekapan dan komitmen tinggi beliau.

Majlis perpisahan yang diadakan turut diisi dengan ucapan-ucapan istimewa dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kami. Walaupun suasana ceria, jelas terpancar rasa sebak dalam kalangan warga sekolah kerana akan kehilangan seorang rakan sekerja yang begitu bermakna.

Kami di SKWAS mendoakan agar Puan Maziah terus cemerlang dan bahagia di tempat baharu. Semoga hubungan yang terjalin di sini akan kekal sebagai kenangan manis sepanjang hayat.

Selamat maju jaya, Puan Maziah! Jasamu tetap dikenang.


 






Monday, August 11, 2025

Majlis Penyampaian Badge Sifar Ponteng & Hadir Awal (Fasa 1) : Penghargaan Buat Murid Berdisiplin

 Pada 10 Ogos 2025, telah berlangsung Majlis Penyampaian Badge Sifar Ponteng dan Hadir Awal bertempat di Dewan Munsyi Abdullah. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dengan rekod kehadiran penuh tanpa ponteng dan sentiasa hadir awal ke sekolah sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Seramai 76 orang murid tahap 2 telah menerima badge khas sebagai simbol pencapaian dan motivasi agar terus mengekalkan sikap positif ini. Penyampaian badge telah disempurnakan oleh Puan Normala Binti Kamarudin.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Sifar Ponteng di bawah Unit Hal Ehwal Murid yang bertujuan untuk memupuk budaya hadir ke sekolah dengan konsisten, tepat waktu, dan penuh rasa tanggungjawab.

Pihak sekolah berharap agar usaha ini dapat memberi inspirasi kepada semua murid untuk mencontohi rakan-rakan yang berjaya, serta memperkukuh budaya kehadiran yang cemerlang demi kejayaan masa depan.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima badge!
#SifarPonteng #HadirAwal #DisiplinAsasKejayaan #SekolahKitaHebat

TAHNIAH PASUKAN BICARA BERIRAMA SKWAS!

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Bicara Berirama SKWAS kerana telah berjaya merangkul Tempat Keempat dalam Karnival MBMMBI Peringkat Daerah Kota Setar yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2025.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para peserta, komitmen jurulatih, serta sokongan padu daripada warga sekolah. Persembahan yang ditampilkan bukan sahaja menonjolkan keindahan B
ahasa Melayu, tetapi juga memperlihatkan semangat kerjasama dan disiplin tinggi dalam kalangan murid.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum dan akademik. Teruskan usaha dan kecemerlangan!

#SekolahKitaHebat #BicaraBerirama #MBMMBI

Monday, August 4, 2025

Penyerahan Bantuan KWAMP SKWAS

Hari ini, 4 Ogos 2025, SKWAS telah mengadakan majlis penyerahan bantuan KWAMP kepada murid-murid yang memerlukan. Bantuan ni bertujuan untuk membantu keluarga yang kurang mampu supaya anak-anak mereka dapat terus belajar dengan selesa tanpa beban kewangan.

Majlis dihadiri oleh ibu bapa, penjaga, guru-guru dan juga murid yang terlibat. Pihak sekolah sangat berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan memberikan peluang yang sama untuk semua pelajar terus berjaya dalam pelajaran. Semoga dengan sokongan ini, semua murid lebih fokus dan bersemangat untuk capai kecemerlangan. 





🌟 Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2025 Peringkat SKWAS🌟

Ogos menjelma mengingatkan peristiwa besar dalam sejarah tanah air kita. Dikesempatan itu, SKWAS telah mengadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat! 🇲🇾

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik yang mengingatkan kita akan perjuangan bangsa. PK Kokurikulum, Encik Lamzi bin Saad dalam ucapannya mengajak kita semua menghargai kemerdekaan dan semangat perpaduan.

Tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI, Rakyat Dsantuni”, mengajak setiap pelajar dan guru untuk terus menanamkan semangat patriotisme dalam diri. 🎉

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang bulan ini, seperti pertandingan sajak patriotik, koir kemerdekaan, kuiz sejarah, dan banyak lagi! 🎨📚

Marilah bersama-sama kita menyemarakkan semangat kemerdekaan dan perpaduan. Merdeka!









#Kemerdekaan2025 #Merdeka #SemangatPatriotisme #SKWASSederapMemacuTransformasi

Sunday, August 3, 2025

Hebahan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) 2025

 Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) 2025 sedang berlangsung bermula 13 Julai hingga 4 September 2025 sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menilai tahap kecekapan murid dalam aspek literasi, numerasi, dan pemikiran kritis.

Pentaksiran ini di peringkat Sekolah Rendah (SR) menyasarkan murid-murid Tahun 4, Tahun 6 seluruh negara, dan akan dijalankan secara dalam talian. Di peringkat SKWAS semua murid tahap 2 diberi tempoh menjwab PKL25 sehingga 30 Ogos 2025.

🎯 Tujuan PKL:
Menilai keupayaan murid menggunakan ilmu dalam situasi harian secara bermakna, bukannya sekadar menghafal fakta.

Diharapkan semua murid bersedia dan memberikan kerjasama sepenuhnya semasa pentaksiran ini dijalankan. Ibu bapa juga digalakkan untuk memberi sokongan dari segi pemantauan dan galakan kepada anak-anak.

Iklan Permohonan PKSK 2025 Kini Dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2025 kini dibuka kepada semua murid Tahun 6 dan Tingkatan 3.

PKSK merupakan salah satu kaedah saringan bagi kemasukan ke Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan Kolej Vokasional.

Semua murid yang berminat dinasihatkan agar membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi:
🌐 https://spskt.moe.gov.my

Diharapkan semua murid dapat mengambil peluang ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan yang terbaik. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada guru kaunseling sekolah.

#PKSK2025 #SekolahKhusus #PermohonanPKSK

Friday, August 1, 2025

Kejayaan Pasukan Kalam Jamaie SKWAS– Johan Daerah Kota Setar 🎤🏆

 Tahniah kepada Pasukan Kalam Jamaie SKWAS yang telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan cemerlang dalam Acara Kalam Jamaie peringkat Daerah Kota Setar sempena Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah KPM (ILSS)🌟

Pasukan ini telah dinobatkan sebagai Johan peringkat daerah dan akan mewakili Kota Setar ke peringkat Negeri Kedah. Kejayaan ini berkat dedikasi, latihan intensif, dan cinta mendalam terhadap seni Bahasa Arab dalam kalangan murid. Setiap persembahan penuh penghayatan, membawa kita semua mengenang betapa indahnya budaya dan bahasa Al-Quran.

Syabas kepada semua ahli pasukan, guru-guru pembimbing, dan ibu bapa yang memberikan sokongan padu! Ini adalah bukti bahawa seni Bahasa Arab dapat menginspirasi dan membangkitkan semangat juang yang tinggi. 🎶📚

"Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Teruskan berkarya, teruskan bersinar!" — Puan Guru Besar, Normala Kamaruddin.








Hari Penyerahan Pelaporan PBD Penggal Pertama 2025 – Langkah Ke Arah Peningkatan Bersama

 

Pada 23 Julai yang lalu, SKWAS telah mengadakan Hari Penyerahan Pelaporan PBD bagi Penggal Pertama Sesi 2025. Acara ini menjadi platform penting untuk ibu bapa dan penjaga mendapatkan maklum balas tentang pencapaian akademik serta perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

Murid-murid telah menerima laporan PBD mereka, yang merangkumi penilaian berasaskan tugasan, projek, dan ujian yang telah dijalankan sepanjang penggal pertama. Ibu bapa berpeluang berbincang secara langsung dengan guru kelas mengenai pencapaian anak-anak mereka dan mendapatkan panduan serta saranan untuk memperbaiki mana-mana bidang yang perlu ditingkatkan.

Hari ini bukan hanya tentang penyerahan laporan, tetapi juga tentang memperkuatkan hubungan dua hala antara sekolah dan keluarga untuk memastikan setiap murid mencapai potensi terbaik mereka.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan penuh dalam proses pembelajaran anak-anak. Semoga kita dapat terus bekerja bersama untuk kejayaan anak-anak pada penggal yang akan datang! 🎓✨



Hari Orientasi Tahun 1 2025 – Langkah Pertama Ke Alam Persekolahan!

 Selamat datang, adik-adik Tahun 1! 🌟

SKWAS menyambut kedatangan murid-murid Tahun 1 dengan penuh keceriaan dan semangat! 🎉 Aktiviti orientasi bermula dengan sesi taklimat bersama Puan Normala Binti Kamaruddin (Guru Besar), diikuti dengan lawatan sekitar sekolah, aktiviti suai kenal dan pengenalan rutin harian.

Murid-murid sedikit gementar, tetapi dengan bimbingan guru dan sokongan ibu bapa, mereka berjaya melangkah dengan penuh keyakinan! 🏫💪

Tahun 1, ini adalah permulaan perjalanan yang menakjubkan. Kami di Sekolah SKWAS tidak sabar untuk melihat anda berkembang dan berjaya!