Pengenalan Pentadbir Sekolah
Memperkenalkan barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, yang sentiasa komited dalam memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Dengan pengalaman yang luas serta dedikasi tinggi, mereka menjadi tunjang utama dalam memacu kejayaan sekolah.
Guru Besar : Puan Normala Binti Kamaruddin
Seorang pemimpin berwawasan yang sentiasa menekankan nilai integriti, kecemerlangan dan disiplin. Beliau berperanan sebagai penggerak utama dalam pelaksanaan dasar dan halatuju sekolah.
Guru Penolong Kanan Kurikulum: Puan Haslinda Binti Johari
Bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras pelaksanaan kurikulum secara berkesan demi meningkatkan prestasi akademik murid.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Puan Norhafidzah
binti Dahalan
Menyelia aspek kebajikan, disiplin, dan pembangunan sahsiah murid bagi membentuk generasi yang berakhlak dan bertanggungjawab.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum: Encik Lamzi Bin Saad
Mendorong penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
No comments:
Post a Comment