Ogos menjelma mengingatkan peristiwa besar dalam sejarah tanah air kita. Dikesempatan itu, SKWAS telah mengadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat! 🇲🇾
Ogos menjelma mengingatkan peristiwa besar dalam sejarah tanah air kita. Dikesempatan itu, SKWAS telah mengadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat! 🇲🇾
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu patriotik yang mengingatkan kita akan perjuangan bangsa. PK Kokurikulum, Encik Lamzi bin Saad dalam ucapannya mengajak kita semua menghargai kemerdekaan dan semangat perpaduan.
Tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI, Rakyat Dsantuni”, mengajak setiap pelajar dan guru untuk terus menanamkan semangat patriotisme dalam diri. 🎉
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang bulan ini, seperti pertandingan sajak patriotik, koir kemerdekaan, kuiz sejarah, dan banyak lagi! 🎨📚
Marilah bersama-sama kita menyemarakkan semangat kemerdekaan dan perpaduan. Merdeka! ✨
#Kemerdekaan2025 #Merdeka #SemangatPatriotisme #SKWASSederapMemacuTransformasi
No comments:
Post a Comment