Sunday, April 26, 2026

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 SKWAS

Pada 11 April yang lalu, Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad (SKWAS) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-50 dengan penuh lancar dan jayanya. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi menunjukkan komitmen terhadap perkembangan pendidikan anak-anak.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sobri bin Wahab, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Restoran dan Katering Haji Sobri. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan murid dapat dicapai secara holistik.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai agenda penting telah dibincangkan termasuk pembentangan laporan tahunan PIBG, laporan kewangan, serta perancangan aktiviti sekolah bagi sesi 2026.Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa, guru serta ahli jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini. Diharapkan hubungan erat ini akan terus diperkukuh demi kecemerlangan SKWAS pada masa hadapan

No comments:

Post a Comment