Sunday, April 26, 2026

Program Motivasi dan Matematik Sifiria Anjuran Learning Smart di SKWAS

Pada 15 April yang lalu, Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad (SKWAS) telah menganjurkan Program Motivasi dan Matematik Sifiria dengan kerjasama Learning Smart melalui modul Camp Empire. Program ini telah melibatkan penyertaan murid Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat serta keyakinan murid dalam menguasai kemahiran asas Matematik, khususnya sifir. Melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, murid didedahkan dengan teknik hafalan sifir yang lebih mudah, pantas dan berkesan.
Sepanjang program berlangsung, murid-murid menunjukkan komitmen yang tinggi serta terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Suasana pembelajaran yang santai tetapi berfokus telah membantu murid memahami konsep Matematik dengan lebih baik.
Pihak sekolah berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik murid, khususnya dalam mata pelajaran Matematik.

No comments:

Post a Comment