Sunday, April 26, 2026
Program Jom Membaca 10 Minit & Pembugaran NILAM 2026
Pada 23 April 2026 (Khamis), warga SK Wan Abdul Samad turut sama menjayakan Program Jom Membaca 10 Minit & Pembugaran NILAM yang diadakan serentak di peringkat negeri Kedah dan sekolah.
Tepat jam 11.00 pagi, semua murid dan guru berhenti seketika daripada aktiviti harian untuk membaca buku masing-masing selama 10 minit. Walaupun sekejap, suasana kelas cukup tenang dan penuh dengan semangat membaca 📖✨
Murid-murid juga tidak lupa membawa Buku NILAM, merekod bacaan dan mengemas kini data dalam Sistem AINS.
Program ringkas ini memberi makna besar dalam memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Tambahan pula, penyertaan ini melayakkan murid mendapat sijil PAJSK peringkat negeri 👍
Jom teruskan budaya membaca setiap hari!
“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya” 🇲🇾
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment