Wednesday, February 4, 2026

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2026

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 SK Wan Abdul Samad telah diadakan pada 28 Januari 2026 dengan penglibatan semua waris murid SKWAS. Majlis ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam membuat persediaan awal persekolahan anak-anak. Majlis berlangsung dengan lancar dan teratur hasil kerjasama padu daripada pihak pentadbir, guru-guru serta sokongan waris murid. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan bagi sesi persekolahan 2026.

Tuesday, January 20, 2026

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2026

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Wan Abdul Samad telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2026 dengan penglibatan murid yang sangat menggalakkan. Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memupuk semangat kesukanan, disiplin dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid, guru serta warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini 💙👏 #SKWanAbdulSamad #MerentasDesa2026 #SukanSekolah #GayaHidupSihat #MuridCergas

Aktiviti Minggu Pertama Sesi 2026 di SKWAS

Minggu pertama persekolahan Sesi 2026 di SK Wan Abdul Samad dipenuhi dengan keceriaan dan keseronokan! Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh panitia-panitia mata pelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mesra murid. Aktiviti suai kenal, permainan bahasa, kuiz santai, aktiviti kreatif serta pembelajaran berkonsepkan belajar sambil bermain telah berjaya menceriakan hari-hari awal persekolahan. Wajah ceria dan senyuman murid menjadi bukti keterujaan mereka untuk kembali ke sekolah. Semoga permulaan yang positif ini menjadi pemangkin kepada semangat belajar, keyakinan diri dan kejayaan murid sepanjang Sesi Persekolahan 2026 💙📚
#SKWanAbdulSamad #MingguPertamaPersekolahan #Sesi2026 #SekolahCeria #BelajarSambilBermain

Sunday, January 11, 2026

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 SKWAS

Hari pertama persekolahan bagi Sesi Akademik 2026 di SK Wan Abdul Samad (SKWAS) telah berlangsung dengan teratur dan lancar. Kehadiran murid amat menggalakkan dan mereka kelihatan bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran baharu. Pihak sekolah telah membuat persediaan rapi bagi memastikan pengurusan hari pertama berjalan dengan baik, termasuk sesi taklimat, pengenalan guru serta pengurusan kelas. Diharapkan sesi persekolahan tahun ini dapat berjalan dengan cemerlang dan memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

Hari Suai Kenal Tahun 1 Sesi 2026 SKWAS

Hari Suai Kenal Murid Tahun 1 Sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan meriah di SK Wan Abdul Samad (SKWAS) pada 8 Jan 2026 yang lalu. Program ini bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baharu, mengenali guru serta rakan-rakan, di samping membina keyakinan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran rasmi. Kerjasama yang baik daripada pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa telah menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan program ini

🎬 Tayangan Movie Sempena Hari Keusahawanan SKWAS 2025!

Sempena Hari Keusahawanan SKWAS 2025 yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025, pihak sekolah telah mengadakan mini pawagam/ tayangan movie bagi memberi kelainan dan menambah keceriaan program tahunan ini. 📅 Tarikh: 5 - 9 Oktober 2025 🕒 Masa: 10.450 pagi – 12.45 tengah hari (Tahap 2) / 10.15 pagi - 12.15 tengah hari (Tahap 1) 📍 Lokasi: Makmal ICT 1 dan Makmal ICT 2 Movie yang dipilih bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut menyampaikan mesej tentang nilai keusahawanan, kreativiti, dan usaha gigih dalam mengejar impian. Tayangan ini terbuka kepada semua murid dan warga sekolah yang ingin menyertai pengalaman menonton bersama dalam suasana santai dan menyeronokkan.
#HariKeusahawananSKWAS2025 #TayanganIstimewa #UsahawanMuda #BelajarSambilBerhibur

Sunday, October 12, 2025

🌟 Hari Keusahawanan SKWAS 2025 Bakal Tiba! 🌟

SKWAS dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa Hari Keusahawanan SKWAS 2025 akan diadakan pada: 📅 Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu) 🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari 📍 Tempat: Sekitar SKWAS Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan: - Gerai jualan makanan dan minuman - Pameran Pelbagai Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) - Persembahan pentas seperti karaoke - Cabutan bertuah dan permainan santai - Rumah Hantu - Mini Soopa Doopa - Mini Pawagam /Tayangan Movie Orang ramai, khususnya ibu bapa dan penjaga, dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Mari bersama-sama menjayakan Hari Keusahawanan SKWAS 2025! Jom datang, beli, sokong dan raikan! #HariKeusahawananSKWAS2025

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat SKWAS: Mendidik, Menginspirasikan dan Mengeratkan Silaturahim

Pada 11 Oktober 2025 (Sabtu), SKWAS telah menyambut Hari Sukan Negara dengan penuh semangat dan meriah. Sambutan ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang hari, antaranya senamrobik, permainan bola jaring, bola tampar serta permainan tradisional seperti galah panjang, tuju kasut, kerusi berirama dan banyak lagi.
Pertandingan sukaneka seperti tarik tali, bola beracun, dan lumba lari tiga kaki Sambutan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid-murid untuk bergiat aktif dalam sukan, malah turut mengeratkan hubungan antara guru, pelajar, dan kakitangan sekolah.
Melalui penganjuran Hari Sukan Negara ini, warga sekolah menunjukkan komitmen dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat dan cergas. Semoga budaya bersukan ini terus disemai dalam diri setiap warga sekolah demi kesejahteraan fizikal dan mental.
#HariSukanNegara2025 #SekolahSihatCergas #SukanUntukSemua